Friday, 24 April 2020

PKP Dilanjutkan Lagi ke 12 Mei


Harini,

1 Ramadhan, Alhamdulillah, sampai juga ke satu lagi Ramadhan lepas setahun. And semalam, annouce lanjutan PKP ke 12 Mei. Hikmah PKP, berjaya khatam Quran 2 hari lepas selepas setahun. Appoo la.

Ramadhan kali ni, lain. Tak ada lagi bazar, tak ada solat terawih berjemaah di surau dan masjid. Lain sangat ni. Tak ada buka puasa ramai-ramai adik beradik balik.

Rindunya kat mak kat kampung. Ayah pun makin uzur. Mak dengan sakit otot kaki terpaksa gagahkan diri siap kan makan. Last Sely balik kampung, masa reunion sekolah haritu, hujung February jugak la. Tak pernah rasanya Sely tak balik kampung lama macam ni. Dari belajar, sampai dah kahwin.

Olaa sedih la wei..

Moga Allah kuatkan semangat Sely, dan yang penting, semangat mak dan ayah.


No comments:

Post a Comment