Wednesday, 1 April 2020
Jatuh Jangan Lama-lama Tau!!
Hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) and satu dunia masih berperang dengan covid19.
Biasanya tahun-tahun yang lepas, masa ni dah meriah dah dengan agihan sampel kuih raya pada ajen-ajen and customer. But this year, I am terribly sorry.. Aaa.. ok, sis is sedih.
Tahun ni, duduklah di rumah since Foodcourt ditutup sepenuhnya, no business is allowed.
Nak bawak balik oven, oven pun tak sesuai dengan elektrik rumah. Balang kuih lak dah beratus borong. Pasrah, TAK ADA REZEKI..
Sebenarnya memang dari awal tahun, Sely dok pikir hal-hal diluar kerjaya, eh macam-macam lah., hilang pulak semangat nak berniaga. Duit kedai yang tak sampai rm1000 pun makin susut sebab pakai secara peribadi. Dalam hati, it's okey.. nanti pinjam duit husband je lah, then fokus biskut raya, ada la duit.
Tiba-tiba.. gelombang CORONAVIRUS.. takpe2.. PKP sampai 31 Mac saja.. lepastu, fokus la kuih raya.
PKP disambung hingga 14 April... hamek!! terduduk, terjatuh, terdiam.. sekejap.. salah siapa? Sendiri punya salah.. skil pengurusan kewangan yang lemah, skil komunikasi dan pemasaran yang lemah, skil pentadbiran yang lemah, skil penyelesaian masalah yang lemah, semangat lemah.. lupa jadi positif.. ye aku tau, semua salah aku.
Lupakan je la kejap hal simpanan yang tak ada tu.. masih mampu makan kan.. Suami pun still kerja kn.
Allah bagi banyak masa ni duduk rumah.. ye Sely tau, untuk muhasabah diri.
Untuk repair hubungan Sely dengan Allah.. hubungan Sely dengan keluarga.. time ni la kot Sely nak tunjuk skill masak level 9.5 Sely. And time ni la Sely kena hargai apa yang Sely ada, masa, idea, rezeki, yang mungkin orang lain tak ada.
Allah bagi baaanyak masa untuk Sely fikir, dan planning balik business supaya in future, kesilapan-kesilapan yang lepas dapat diperbaiki.
Allah maha baik.
Hopefully gelombang covid19 ini cepat-cepat la habis. Customer punye order kuih raya tu tengah tersekat lagi ni.
Hmm.. rindunya mak kat kampung.
Banyak pulak masa Sely sampai boleh blogging kan. Husband lalu kat tepi tanya buatpe. Sely jawap la tengah blogging.
Boleh pulak dia angkat kening sambil kerut dahi. Mesti dia risau Sely tulis luahan perasaan ala-ala iium confession. Kah!
Labels:
Journal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment