Friday, 24 April 2020

PKP Dilanjutkan Lagi ke 12 Mei


Harini,

1 Ramadhan, Alhamdulillah, sampai juga ke satu lagi Ramadhan lepas setahun. And semalam, annouce lanjutan PKP ke 12 Mei. Hikmah PKP, berjaya khatam Quran 2 hari lepas selepas setahun. Appoo la.

Ramadhan kali ni, lain. Tak ada lagi bazar, tak ada solat terawih berjemaah di surau dan masjid. Lain sangat ni. Tak ada buka puasa ramai-ramai adik beradik balik.

Rindunya kat mak kat kampung. Ayah pun makin uzur. Mak dengan sakit otot kaki terpaksa gagahkan diri siap kan makan. Last Sely balik kampung, masa reunion sekolah haritu, hujung February jugak la. Tak pernah rasanya Sely tak balik kampung lama macam ni. Dari belajar, sampai dah kahwin.

Olaa sedih la wei..

Moga Allah kuatkan semangat Sely, dan yang penting, semangat mak dan ayah.


Sunday, 12 April 2020

PKP Dilanjutkan Hingga 28 April


As expected, PKP disambung lagi. Bye2 kuih raya production. Kali ni Sely dah tak rasa kecewa ke apa. Memang dah ready dah for this news. So whats next? No production, no income.

Now, caranya, kena saving duit nafkah untuk rolling modal niaga nanti. So, benda tak penting tak payah la beli. Belanja rumah pun kena jimat2. Kot ada duit lebih boleh simpan tabung jugak.

Thanks family, for being strong, mak and ayah pun ada yang jaga. Untuk suami jugak sebab hadap muka Sely 24jam, dan masih boleh tersenyum.

Sely yang makin buntal dek asik makan tak renti2, dah kena start prektis Intermitten Fasting. Jap g bulan puasa takde la melepek sangat. Bila dah melepek tu mula la malas.

Rasa nak tambah income sikit bulan puasa ni. Bubur? Mee rebus? Laksa? Nak jual ape ek? Pikir dulu ah.

Wednesday, 8 April 2020

7 Rutin Pagi Orang Berjaya


Since Sely banyak masa time PKP ni, sempat la jugak scrolling bahan bacaan untuk direview. Mana la tau, kot-kot berjangkit aura orang berjaya. Nak gak hebat setanding Steve Jobs.

1. TIDUR YANG CUKUP

Tak lebih dan tak kurang. Okey, yang ni Sely takde masalah. Tidur Sely memang selalunya cukup 6 hingga 8jam. Actually Sely pernah la try tidur 2 jam (6.30am-8.30am) sebab marathon kdrama. Nak bangun tu je la struggle sikit sebab badan baru nak rest kan tetiba dah nak kena bangun dengan fokus nak sediakan sarapan. Tapi lepas mandi, lepas makan, segar dah. Tapi tengah hari tu kelat-kelat la jugak mata menahan ngantuk.

Kalau rehat pun cukup, takde la tersengguk-sengguk time nak gentel kuih time tengah hari rembang tu ye idok.

2. BANGUN AWAL

Kat Jalan Duta tu, pukul 4.30pagi pun dekat 10 orang yang berjogging. Sely kalau ada tempahan pagi memang awal la gi kedai. Diorang jogging pakai lampu merah kelip2, supaya Sely yang naik keter di pagi yang hening dengan mata kuyu ni tak sondol mereka. Rajinnye la jog seawal itu. Tu depa yang duduk area situ la kot, yang rumah depa harga juta-juta tu.

Terfikir lak pukul berapa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barack Obama, dan menteri-menteri lain ni bangun tidur kan? Orang-orang successful ni bangun awal sebab waktu pagi je la diorang boleh ada 'Me Time' agaknye. Sely time PKP ni struggle jugak la nak bangun sebelum 6.30pagi tu. Tapi hari kerja, 6.30pagi tu dah nak kena ada atas highway dah. Besok start latihan tau!! Bangun kul 4.45pagi. Kau Boleh!!

Tido lambat ade hati nak bangun awal. Ok fine!! Azam hari baru, lepas Isya' stop main game, membawang kat whatsapp, dan tengok pakwe korea kat handphone. Sely ni nak ngantuk senang je, baca buku ilmiah sket, halfway mesti tertido. Seminggu tak habis.


3. BERSENAM

"Ini agak sukar. Nampak sangat banyak alasan. Bila nak berjaya kalau hidup banyak alasan weh? Sultan Perak dulu pun bawak bodyguard bersenam kat Padang Polo weh.. Ahh.. itu sultan.. Sely bukan sultan.. Dah tu kau memang tak layak la nak jadi Sultan. Alasan je dah 5 bakul." - monolog dengan diri sendiri

Jom lah lompat bintang 500x sehari!

4. MAKAN MAKANAN SIHAT

Secara logiknya, memang kebanyakan orang have-have, hartawan dan seangkatan, sangat health oriented. Sebabnya, kalau diorang sakit, asik MC je, how company nak jalan kan? Macam mana PA diorang nak buat keputusan apa-apa. Kerja jadi pending, lalu income pun tak masyuk. Macam mana nak bergaji besar kan. Dah kalau duit banyak pulak, kalau sakit, macam mana nak joli kan?

Lagi satu, kalau breakfast pun dah dibantainya roti canai 3 keping, nasi lemak ayam kfc, mau lena kat meeting pukul 10pagi. Silap2 kalau suami mintak sain borang poligami pun tak sedar ni.

Dan drama diteruskan..

Yes.. hidup dan mati itu Tuhan yang tentukan, tapi kita yang kena hati-hati.

5. LAPANGKAN FIKIRAN DENGAN MEDITASI

So this book says, lepas bangun tidur, ambil 10 hingga 15 minit untuk meditasi.

But for me, as a Muslim, kita boleh replace dengan ibadah Qiamullail which is still untuk memberikan ketenangan pada jiwa dan fikiran.

Bertahajjud, mendengar alunan zikir. Tenangkan fikiran. Sambil berterima kasih dan bersyukur pada Allah. The best is, cuba senaraikan 5 gratitute setiap pagi, tengah hari dan malam. Contohnye la kan..

"Terima Kasih Ya Allah, masih izinkan aku bernafas hari ini"
"Terima Kasih Ya Allah, bagi peluang aku tidur lena atas tilam yang empuk"

Banyak benda yang Sely kena bersyukur pada Allah. Then, time tu baru Sely sedar yang Sely ni beruntung sangat.

6. RANCANG AKTIVITI  DAN KEUTAMAAN

Sebelum pergi kerja, tengok balik planner, check email, check whatsapp, dari customer, balas terus mana yang penting. Memang kalau hari kerja, dalam kereta, tengah panas enjin tu Sely akan check whatsapp. Check kalau-kalau ada order hari tu. Pastikan dah set untuk settle mana yang penting dulu. Takde la kes kecelaruan tempahan pelanggan. Sely dah la kerja sorang. Kalau ade salah dah sah2 la salah Sely.

7. BERPAKAIAN SEDERHANA

Tahukah anda, Barack Obama menghadkan pilihan warna suit nya dengan warna hitam, kelabu dan biru sahaja. Sely pun baru perasan. Reason dia, baju ni, bila tak banyak warna, tak la penat otak nak buat pilihan. Steve Jobs pun ade trademark dia pakai jeans dengan turtleneck je kan. Mark Zukebeg pun pakai t-shirt dengan seluar katok. Jimat tenaga otak.. Next task, create a look for myself as a baker. Asyik tshirt dengan tracksuit je. Sebijik macam trainer lontar peluru.

***

Dalam 7 ni, rasanya Sely lulus dua je kot.. kena repeat paper la nampaknya gini nak bagi lulus 7..

#covid19
#stayathome
#day22RMO

Kredit : Charles Thomas, Morning Routine

Monday, 6 April 2020

Impak Coronavirus #stayathome


Lapan hari lagi nak ke last day of PKP , 14 April. Entah apa khabar lot kedai kat Jalan Duta tu.

Dua hari lepas, tengah melayan karenah kawan-kawan kat grup whatsapp, tetiba Sely dapat berita dari whatsapp group medan selera..  lebih tujuh lot kedai kat Medan Selera dipecah masuk. Pengsan!

Cuak, risau, macam-macam perasaan Sely time scrolling tu. Husband dah risau la kot mesin putar adunan yang retak menanti belah tu kena angkut sekali. Tapi memikirkan nak kena minta izin pak polisi, pergi balai mintak surat, hmm.. takpe lah, husband bagi solusi yang kurang menakutkan. Contohnya, whatsapp kedai jiran tanye kabar kedai.

Ok! Along.. kedai nasi campur. Whatsapp along tolong tengokkan kedai. Alhamdulillah.. along cakap setakat ni, deretan lot kedai kitorang masih selamat. Ya Allah, lega sikit la rasa. Nak buat kuih raya ni kang takde mesin, nak pukul telur pakai sudip ke.

InsyaAllah, habis PKP, Sely terus aim nak siapkan kuih raya dalam masa 28hari. Yes, i need 28 days at least untuk habiskan balang-balang bertimbun kat bilik tu. Tapi, dengan masa yang semakin suntuk sebab dalam dua minggu lagi dah nak Ramadhan, tanpa tenaga kerja tambahan, terpaksalah Sely hadkan jenis dan kuantiti wholesale. Harap dapat la siapkan tempahan customer soon.

P/s: Terima kasih my friends dan keluarga yang bagi kata-kata semangat and sama-sama doakan bisness, kedai, and family semuanya baik-baik. Sayang korang 3000.

Wednesday, 1 April 2020

Jatuh Jangan Lama-lama Tau!!


Hari ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) and satu dunia masih berperang dengan covid19.

Biasanya tahun-tahun yang lepas, masa ni dah meriah dah dengan agihan sampel kuih raya pada ajen-ajen and customer. But this year, I am terribly sorry.. Aaa.. ok, sis is sedih.

Tahun ni, duduklah di rumah since Foodcourt ditutup sepenuhnya, no business is allowed.
Nak bawak balik oven, oven pun tak sesuai dengan elektrik rumah. Balang kuih lak dah beratus borong. Pasrah, TAK ADA REZEKI..

Sebenarnya memang dari awal tahun, Sely dok pikir hal-hal diluar kerjaya, eh macam-macam lah., hilang pulak semangat nak berniaga. Duit kedai yang tak sampai rm1000 pun makin susut sebab pakai secara peribadi. Dalam hati, it's okey.. nanti pinjam duit husband je lah, then fokus biskut raya, ada la duit.

Tiba-tiba.. gelombang CORONAVIRUS.. takpe2.. PKP sampai 31 Mac saja.. lepastu, fokus la kuih raya.

PKP disambung hingga 14 April... hamek!! terduduk, terjatuh, terdiam.. sekejap.. salah siapa? Sendiri punya salah.. skil pengurusan kewangan yang lemah, skil komunikasi dan pemasaran yang lemah, skil pentadbiran yang lemah, skil penyelesaian masalah yang lemah, semangat lemah.. lupa jadi positif.. ye aku tau, semua salah aku.

Lupakan je la kejap hal simpanan yang tak ada tu.. masih mampu makan kan.. Suami pun still kerja kn.

Allah bagi banyak masa ni duduk rumah.. ye Sely tau, untuk muhasabah diri.
Untuk repair hubungan Sely dengan Allah.. hubungan Sely dengan keluarga.. time ni la kot Sely nak tunjuk skill masak level 9.5 Sely. And time ni la Sely kena hargai apa yang Sely ada, masa, idea, rezeki, yang mungkin orang lain tak ada.

Allah bagi baaanyak masa untuk Sely fikir, dan planning balik business supaya in future, kesilapan-kesilapan yang lepas dapat diperbaiki.

Allah maha baik.

Hopefully gelombang covid19 ini cepat-cepat la habis. Customer punye order kuih raya tu tengah tersekat lagi ni.

Hmm.. rindunya mak kat kampung.

Banyak pulak masa Sely sampai boleh blogging kan. Husband lalu kat tepi tanya buatpe. Sely jawap la tengah blogging.

Boleh pulak dia angkat kening sambil kerut dahi. Mesti dia risau Sely tulis luahan perasaan ala-ala iium confession. Kah!