Wednesday, 8 April 2020

7 Rutin Pagi Orang Berjaya


Since Sely banyak masa time PKP ni, sempat la jugak scrolling bahan bacaan untuk direview. Mana la tau, kot-kot berjangkit aura orang berjaya. Nak gak hebat setanding Steve Jobs.

1. TIDUR YANG CUKUP

Tak lebih dan tak kurang. Okey, yang ni Sely takde masalah. Tidur Sely memang selalunya cukup 6 hingga 8jam. Actually Sely pernah la try tidur 2 jam (6.30am-8.30am) sebab marathon kdrama. Nak bangun tu je la struggle sikit sebab badan baru nak rest kan tetiba dah nak kena bangun dengan fokus nak sediakan sarapan. Tapi lepas mandi, lepas makan, segar dah. Tapi tengah hari tu kelat-kelat la jugak mata menahan ngantuk.

Kalau rehat pun cukup, takde la tersengguk-sengguk time nak gentel kuih time tengah hari rembang tu ye idok.

2. BANGUN AWAL

Kat Jalan Duta tu, pukul 4.30pagi pun dekat 10 orang yang berjogging. Sely kalau ada tempahan pagi memang awal la gi kedai. Diorang jogging pakai lampu merah kelip2, supaya Sely yang naik keter di pagi yang hening dengan mata kuyu ni tak sondol mereka. Rajinnye la jog seawal itu. Tu depa yang duduk area situ la kot, yang rumah depa harga juta-juta tu.

Terfikir lak pukul berapa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barack Obama, dan menteri-menteri lain ni bangun tidur kan? Orang-orang successful ni bangun awal sebab waktu pagi je la diorang boleh ada 'Me Time' agaknye. Sely time PKP ni struggle jugak la nak bangun sebelum 6.30pagi tu. Tapi hari kerja, 6.30pagi tu dah nak kena ada atas highway dah. Besok start latihan tau!! Bangun kul 4.45pagi. Kau Boleh!!

Tido lambat ade hati nak bangun awal. Ok fine!! Azam hari baru, lepas Isya' stop main game, membawang kat whatsapp, dan tengok pakwe korea kat handphone. Sely ni nak ngantuk senang je, baca buku ilmiah sket, halfway mesti tertido. Seminggu tak habis.


3. BERSENAM

"Ini agak sukar. Nampak sangat banyak alasan. Bila nak berjaya kalau hidup banyak alasan weh? Sultan Perak dulu pun bawak bodyguard bersenam kat Padang Polo weh.. Ahh.. itu sultan.. Sely bukan sultan.. Dah tu kau memang tak layak la nak jadi Sultan. Alasan je dah 5 bakul." - monolog dengan diri sendiri

Jom lah lompat bintang 500x sehari!

4. MAKAN MAKANAN SIHAT

Secara logiknya, memang kebanyakan orang have-have, hartawan dan seangkatan, sangat health oriented. Sebabnya, kalau diorang sakit, asik MC je, how company nak jalan kan? Macam mana PA diorang nak buat keputusan apa-apa. Kerja jadi pending, lalu income pun tak masyuk. Macam mana nak bergaji besar kan. Dah kalau duit banyak pulak, kalau sakit, macam mana nak joli kan?

Lagi satu, kalau breakfast pun dah dibantainya roti canai 3 keping, nasi lemak ayam kfc, mau lena kat meeting pukul 10pagi. Silap2 kalau suami mintak sain borang poligami pun tak sedar ni.

Dan drama diteruskan..

Yes.. hidup dan mati itu Tuhan yang tentukan, tapi kita yang kena hati-hati.

5. LAPANGKAN FIKIRAN DENGAN MEDITASI

So this book says, lepas bangun tidur, ambil 10 hingga 15 minit untuk meditasi.

But for me, as a Muslim, kita boleh replace dengan ibadah Qiamullail which is still untuk memberikan ketenangan pada jiwa dan fikiran.

Bertahajjud, mendengar alunan zikir. Tenangkan fikiran. Sambil berterima kasih dan bersyukur pada Allah. The best is, cuba senaraikan 5 gratitute setiap pagi, tengah hari dan malam. Contohnye la kan..

"Terima Kasih Ya Allah, masih izinkan aku bernafas hari ini"
"Terima Kasih Ya Allah, bagi peluang aku tidur lena atas tilam yang empuk"

Banyak benda yang Sely kena bersyukur pada Allah. Then, time tu baru Sely sedar yang Sely ni beruntung sangat.

6. RANCANG AKTIVITI  DAN KEUTAMAAN

Sebelum pergi kerja, tengok balik planner, check email, check whatsapp, dari customer, balas terus mana yang penting. Memang kalau hari kerja, dalam kereta, tengah panas enjin tu Sely akan check whatsapp. Check kalau-kalau ada order hari tu. Pastikan dah set untuk settle mana yang penting dulu. Takde la kes kecelaruan tempahan pelanggan. Sely dah la kerja sorang. Kalau ade salah dah sah2 la salah Sely.

7. BERPAKAIAN SEDERHANA

Tahukah anda, Barack Obama menghadkan pilihan warna suit nya dengan warna hitam, kelabu dan biru sahaja. Sely pun baru perasan. Reason dia, baju ni, bila tak banyak warna, tak la penat otak nak buat pilihan. Steve Jobs pun ade trademark dia pakai jeans dengan turtleneck je kan. Mark Zukebeg pun pakai t-shirt dengan seluar katok. Jimat tenaga otak.. Next task, create a look for myself as a baker. Asyik tshirt dengan tracksuit je. Sebijik macam trainer lontar peluru.

***

Dalam 7 ni, rasanya Sely lulus dua je kot.. kena repeat paper la nampaknya gini nak bagi lulus 7..

#covid19
#stayathome
#day22RMO

Kredit : Charles Thomas, Morning Routine

No comments:

Post a Comment