Sunday, 31 May 2020

Hikmah Peniaga Tak Bergaji di Musim Coronavirus


30 April 2020 - Kakak whatsapp bagitau mak jatuh kat depan bilik dengan kepala terkena bucu pintu dan berdarah. Allahu~ baru lepas sahur dengan berita sayunya, mengenangkan sekarang tak boleh rentas negeri, tumpah la air mataku.

2 Mei 2020 - Birthday mak yang ke 74. Lepas tau mak jatuh, aku suruh kakak yang duduk 4km dari rumah mak, bawak mak pegi klinik dan mintak surat supaya aku boleh balik. So lepas kakak whatsapp surat, melilau la aku cari orang nak print dokumen. Kedai-kedai masih tutup. Alhamdulillah ada jiran yang buat servis printing. Atas izin dan galakan suami, aku cepat-cepat ke balai polis, mintak kebenaran balik kampung untuk menjaga mak. Alhamdulillah, lulus. Sedih ye time packing barang, sambil berdrama air mata sensorang sebab aku tau dah kompom tak dapat beraya dengan suami. PKP kot.. But it's okey, ramai lagi pasangan yang lagi sayu kisahnya dari aku.

11 Mei 2020 - Luka mak, aku cuci dan rawat hampir setiap hari. Bukan apa, risau sebab mak tu kencing manis. Alhamdulillah, bila ada pengawasan, luka pun cepat sembuh.
Harini, ayah aku discharge dari hospital. Oh, ayah kene hantar ke hospital naik ambulans dari Pusat Dialisis pada petang Jumaat 1 Mei sebab kesukaran bernafas dan tekanan darah drop masa proses dialisis. 14 tahun okey ayah dialisis 3 kali seminggu. Doktor pun bagitau, ayah banyak komplikasi, hati, jantung, buah pinggang.

22 Mei nanti patutnya kena datang untuk CT Scan. Doktor pun dah bagitau, kalau jantung abah terhenti, mereka takkan buat CPR atau masukkan tube. Selepas discharge ayah cuma mampu cuci darah sekali je. Sebab dia tak larat, itupun dia mintak balik awal. Tak mampu dia nak teruskan 3 jam.

20 Mei 2020 - Kesihatan ayah merudum teruk. Hampir setiap masa dia panggil mintak diteman. Minta urut belakang. Minta gosok dahi (ala-ala nak bagi baby tidur). Memang lena sungguh. Sakit perut ayah makin teruk. Sedihnya keadaan waktu ni. Aku just mampu bagi ubat tahan sakit macam yg dibagi hospital. Sambil tu pujuk la ayah bertahan sampai 22 Mei nanti. Jadi tiap kali sakitnya datang, ayah berzikir.

Tapi pagi ini, dia tak respon masa aku suap sarapan. Selalunya bila aku tanya-tanya dia jawap. Dia tahu umur dia. Dia tahu sekarang tahun 2020. Cuma dia tak tahu TS Muhyiddin dah gantikan Tun Mahathir je. Terpaksa la Sely batalkan rawatan cuci darah pagi ni.

Terus aku ambil wudhu, dan baca Al-Quran kat sebelah ayah. Tiba-tiba ayah minta aku tarik tangannya nak bangun. Nak pergi cuci darah katanya. Aku terus siapkan ayah dan bawak ke pusat dialisis. Malangnya, sebab faktor kesihatan ayah, pusat dialisis tak berani nak cuci darah hari ni.

Tak lama lepas ayah berehat kat rumah, kakak sampai dan suapkan ayah susu coklat. Habis ayah minum, ayah pun tidur. Jam 5 ptg, masa aku dengan mak nak mandikan ayah, dia dah tak sedarkan diri, tetapi masih bernafas. Buih2 halus mula keluar dari mulut ayah. Sambil lap mulut ayah, mak bacakan Surah Yassin kat sebelah ayah. Aku tengah masak untuk berbuka. Lepas siap masak, aku pulak gantikan mak.

Tak sempat aku baca Quran, baru nak mula, tiba2 tangan ayah bergerak. Masa tu, Sely cepat-cepat genggam tangan ayah sambil ucap "Lailahailallah" berkali2. Mata ayah tiba-tiba terbuka luas beberapa saat, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Itu kali pertama aku tengok sendiri saat kematian seseorang. Aku dah janji taknak nangis. Tapi tertumpah jugak air mata ni. Tapi tetap cover depan family lain. Lepas call ambulans untuk sahkan kematian, abang maklumkan kepada balai polis dan orang-orang masjid dan adik beradik aku di KL.

Alhamdulillah, urusan-urusan lain berjalan lancar. Dengan suami dan adik beradik di KL semua balik 3 hari (kelulusan polis). 2 hari sebelum raya semua dah kena balik KL dah.

Kepedihan dan kesakitan ayah kat dunia dah pun hilang. Al-Fatihah~ untuk ayah

Syukur sangat sangat sangat sangat. Kerana Allah bagi peluang kat aku untuk berkhidmat pada kedua mak dan ayah di bulan Ramadhan dalam ramai anak-anak yang tak dapat balik rindukan mak ayah. Ada lesen, ada kenderaan, kedai kena tutup, takda komitmen kerja, takda komitmen anak. Rasa dipermudahkan sangat jalan, berkat doa dari orang-orang tersayang.

Semoga pengakhiran kita pun baik-baik dan dipermudah.


No comments:

Post a Comment